Tuesday 8 November 2011

Tips-tips Bina Badan

5 Langkah Bina Badan

1. Diet - Di dalam aktiviti bina badan, diet menyumbang 80% kejayaan dalam membentuk otot-otot tubuh kita berbanding latihan beratan iaitu sebanyak 20%. Kita perlu makan sekurang-kurangnya 6 kali sehari untuk mencapai objektif bina badan.Contoh diet ialah karbohidrat,protin,bijirin,sayuran dan lemak.

2. Jadual latihan beratan - jadual amat penting dalam merealisasikan impian kita mendapat bentuk tubuh yang di idam-idamkan.Jadual latihan bina badan hendaklah berasaskan kualiti,bukan pada kuantiti.Contoh jadual latihan ialah

Isnin- Dada ( chest )
Selasa- Belakang ( back, wings )
Rabu - Lengan ( biceps, triceps )
Khamis - Kaki ( hamstrings )
Jumaat - Bahu ( shoulder, traps)
Sabtu - cardio ( joging,berbasikal dan sbgnya )
Ahad - rehat

3. Disiplin - Dalam membentuk otot badan,disiplin memainkan peranan penting dalam bina badan.Cuba bayangkan kita makan tak ikut jadual,ponteng latihan.Bukan sahaja otot tidak membesar malah membuang masa kita.Dengan itu,pupuklah sikap disiplin dalam diri kita.

4. Rehat - Rehat memainkan peranan penting dalam membentuk otot badan.Tidur kena cukup 6 - 8 jam.Semasa kita tidur,badan kita akan membakar kalori sehingga 60 kalori 1 jam.Ingatlah...tanpa rehat yang cukup...otot tidak akan membesar.

5. Air - Air merupakan sumber yang penting dalam aktiviti bina badan.Badan kita terdiri daripada 80% air.Otot kita memerlukan air untuk membesar.Saya rekemenkan anda minum 8-12 gelas air sehari

No comments:

Post a Comment