Friday, 18 November 2011

Pengiraan BMI

Index Jisim Badan / Body Mass Index (BMI)
BMI ialah ukuran statistik terhadap skala lemak badan berdasarkan kepada tinggi dan berat ideal. Ia terdiri daripada 5 kategori seperti berikut:
Cara pengiraan Index Jisim Badan (BMI)
1) Pengiraan secara manual.
BMI = Berat(kg) / [Tinggi(m) x Tinggi(m)]
Contoh:
BMI = 45 / (1.50 x 1.50)
= 45 / 2.25
= 20 (normal)
Cuba kira BMI dahulu ?
Nota:
1) Kebuluran / Kurang berat
Anda tidak mempunyai jumlah kalori yang cukup diperlukan oleh manusia atau mempunyai penyakit tertentu seperti cacing dalam badan, AIDS dan mungkin juga terlalu banyak minum minuman beralkohol atau ubat-ubat terlarang serta jadual permakanan yang tidak teratur.
2) Normal
Anda mempunyai tinggi dan berat badan yang ideal. (Tahniah!)
3) Berat berlebihan / Obesiti
Anda mempunyai jumlah pengambilan kalori yang berlebihan daripada kadar tenaga harian yang diperlukan dan berisiko tinggi mendapat penyakit merbahaya seperti serangan jantung, tekanan darah tinggi, diabetes, asma, barah, strok dan lain-lain lagi.
Adakah anda tergolong dalam golongan yang ideal, kurang ideal atau terlebih ideal?

No comments:

Post a Comment

Post a Comment